Kg. Sumangkap (Kilang Gong)

Selaras dengan konsep ‘satu kampung satu produk’ Kampung Sumangkap yang terletak kurang daripada satu kilo meter dari Kg. Gombizau (Kampung Madu Lebah) ialah tempat gong dihasilkan. Kampung tersebut sejauh 92 kilometer atau kira-kira dua jam pemanduan dari Bandaraya Kota Kinabalu.

Gong merupakan alat yang penting dalam semua perayaan etnik Sabah, sama ada yang bersifat kegirangan atau kesuraman, dan di sini gong-gong tersebut dihasilkan oleh lebih kurang 10 orang artisan yang akan menunjukkan kemahiran mereka. Gong yang telah siap akan diletakkan di dalam bingkai secara horizontal atau digantung secara vertikal. Saiznya yang pelbagai bermula daripada cenderamata yang amat kecil sehinggalah yang terbesar dan mencapai ukuran silang sepanjang dua meter, khusus untuk dijadikan perhiasan. Agak sukar untuk membuat pembelian secara segera dan bersesuaian dengan keperluan atau pembelian besar-besaran, oleh sebab itu tempahlah terlebih dahulu.

Yuran Kemasukan : RM3.00 setiap orang

Masa Dibuka
Setiap hari, termasuk Cuti Umum 8:00pagi sehingga 6.00petang, (rehat sebentar untuk makan tengah hari).

Cara Ke Sana

Anda boleh menggunakan kenderaan awam, memandu sendiri atau melalui pengendali pelancongan tempatan. Bas awam akan meninggalkan Padang Merdeka setiap awal pagi dan tambang yang dikenakan ialah sekitar RM18.00. Maklumkan pemandu bas akan destinasi anda.

Anda boleh menggunakan kemudahan kenderaan carter yang diletak berhadapan dengan Restoran India dan bertentangan dengan Klinik Kesihatan di Kampung Air, Bandaraya KK. Kenderaan pacuan empat roda yang membawa sehingga 8 orang penumpang dan tambang yang dikenakan ialah antara RM20.00 - RM25.00 setiap penumpang. Kereta salon yang membawa sehingga 4 orang penumpang dan mengenakan sewa sebanyak RM200.00 secara ulang-alik setiap kenderaan.

Keterangan Tambahan

Lawatan balik hari ada ditawarkan oleh pengendali pelancongan tempatan. Kadar bermula dari RM 250.00 termasuk lawatan ke Ladang Madu Lebah, Hujung Borneo, lawatan ke Rumah panjang Rungus, dan Kilang Gong dengan penyediaan makan tengah hari.



















Perkhidmatan Kereta Sewa dan MPV

Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa/MPV

Kenderaan yang disediakan seperti;.

Kancil,Satria,Wira,Waja,Perdana dan lain-lain.

Harga berpatutan . Harga boleh runding untuk sewaan jangkamasa yang panjang.


Hubungi kami Untuk tempahan :


013-8807036 / 013-8817036 ( Abd Ghafur )