Destinasi Menarik Di Sabah - Batu Tulug, Sandakan


Terletak di Kampung Batu Putih, sejauh 41 km dari pekan Kota Kinabatangan. Agop Batu Tulug merupakan cenuram batu kapur setinggi 39 meter dan sebahagian daripada pembentukan batu kapur Labang yang berusia 20 -25 juga tahun. Kata ‘agop’ dalam bahasa Orang Sungai bermaksud gua. Terdapat tiga gua yang utama, iaitu agop suriba (bawah) di bahagian lantai hutan, lintaga (tengah) dan sawat (atas) masing-masing dengan ketinggian antara 12-15 m.

Di dalam gua bahagian tengah dan atas terdapat lebih daripada 100 keranda kayu berukir berusia 200 – 250 tahun, yang dijaga oleh kelawar dan burung layang-layang. Anda juga boleh menyaksikan Kampung Batu Putih dari sini.

Keranda yang menyerupai pelbagai haiwan itu dikaitkan dengan kepercayaan Orang Sungai akan tetapi ada juga yang mengatakan bahawa keranda tersebut milik orang-orang Cina yang pernah menduduki kawasan ini dengan penemuan artifak Cina bersama tinggalan-tinggalan ini.

Muzium tapak sejak tahun 1996 ini mempunyai kemudahan seperti pusat penerangan, tangga laluan ke gua, tandas dan pondok untuk berehat.

Cara ke Sana

Pemanduan ke Batu Tulug memakan masa selama satu jam setengah dari Sandakan atau 45 minit dari Lahad Datu. Anda boleh memandu sendiri atau menggunakan khidmat pengendali pelancongan.

Masa Dibuka
Setiap hari bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Yuran Kemasukan
Pemegang MyKad RM 2.00 (Dewasa)
Lain-lain RM15.00

Pelajar beruniform, kanak-kanak di bawah 12 tahun, orang kurang upaya dan warga emas - masuk secara percuma.

Keterangan Lanjut

Alamat Muzium Batu Tulug
WDT 197, 90200 Kota Kinabatangan Sabah

Tel: +6089565145 (Ticket counter), +6089551062 (Office)
Laman Web: http://www.mzm.sabah.gov.my/agoptulug/cyber_tulugmuseum.htm
E-mel: muzium.sabah@sabah.gov.my





















Perkhidmatan Kereta Sewa dan MPV

Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa/MPV

Kenderaan yang disediakan seperti;.

Kancil,Satria,Wira,Waja,Perdana dan lain-lain.

Harga berpatutan . Harga boleh runding untuk sewaan jangkamasa yang panjang.


Hubungi kami Untuk tempahan :


013-8807036 / 013-8817036 ( Abd Ghafur )