Semenjak abad ke-13, pedagang-pedagang Cina telah datang ke Sandakan dalam usaha mencari sarang burung, sejenis makanan istimewa dalam kalangan orang-orang Cina. Hidangan berharga ini diperoleh daripada ketinggian 100 meter di siling Gua Gomantong. Secara harfiahnya, para pengutip sarang burung mempertaruhkan nyawa mereka dengan memanjat tangga binaan daripada rotan dan tali untuk mendapatkan sarang burung tersebut. Cara pengutipan yang berisiko tinggi ini menjadikan komoditi tersebut amat berharga dan mahal.
Terdapat dua kompleks gua iaitu Simud Hitam (Gua Hitam) menganjur sehingga ke ketinggian 90 meter dan lebih mudah didaki berbanding Simud Putih (Gua Putih), tempat memperoleh sarang-sarang yang berharga. Untuk sampai ke Simud Hitam memerlukan 5 minit perjalanan dari pusat pendaftaran. Laluan berpapan yang sentiasa diselia memberikan kemudahan kepada untuk membuat aktiviti penjelajahan atau menyaksikan sendiri kemahiran pengutip sarang burung menjalankan tugas mereka.
Haiwan yang menghuni gua tersebut termasuklah burung layang-layang (yang menghasilkan sarang burung yang dikutip) dan kelawar. Di bahagian luar, anda dapat menyaksikan burung-burung lain seperti helang jambul, helang malam dan raja udang. Malah, anda juga mungkin berpeluang menyaksikan orang utan. Untuk penjelajahan yang lebih mencabar anda perlu menempah lebih awal.
Kemudahan yang disediakan termasuklah kawasan berkelah dan juga Chalet Hutan Hujan Gomantong yang boleh memuatkan sehingga 30 orang.
Cara ke Sana
Perjalanan bas sejauh 95 km yang berlepas dari bandar Sandakan ke Sukau dan mengambil masa selama satu setengah jam. Tambang yang dikenakan ialah RM17.00 setiap perjalanan. Anda boleh mengaturkan lawatan anda dengan pengendali pelancongan tempatan atau Jabatan Perhutanan. Semak senarai direktori pelancongan kami untuk butiran lanjut.
Masa Melawat
Setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Yuran Kemasukan
Pemegang Mykad Dewasa RM 5.00 Di bawah 18 tahun RM 2.00
Lain-lain Dewasa RM30.00 Di bawah 18 tahun RM15.00
(Caj tambahan akan dikenakan untuk penggunaan peralatan fotografi)
Keterangan Lanjut
Pengutipan sarang burung lazimnya dilaksanakan antara bulan Februari dan Ogos.
Alamat
Jabatan Perhutanan Sabah
Laman Web: http://www.forest.sabah.gov.my
Perkhidmatan Kereta Sewa dan MPV
Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa/MPV
Kenderaan yang disediakan seperti;.
Kancil,Satria,Wira,Waja,Perdana dan lain-lain.
Harga berpatutan . Harga boleh runding untuk sewaan jangkamasa yang panjang.
Hubungi kami Untuk tempahan :
013-8807036 / 013-8817036 ( Abd Ghafur )